Posts

Showing posts from 2011

Ulasan Buku : Perginya Datuk Bahamanku

Image
Abahku meminta aku membaca buku sejak aku Darjah 5 lagi. Pada masa itu, aku tak faham langsung jalan cerita buku ini, hanya baca sahaja, ibarat membaca Al-Quran tanpa memahami isinya. Aku tak faham mengapa aku perlu membaca karya Arman Sani ini. Aku tidak keseorangan kerana adikku Adi perlu menghabiskan buku Tumpah Darah di Jerampai. Kakakku tak kena pula, mungkin kerana kami lebih malas membaca dari kakak dan kuat tengok Transformers dan Space Cop Gaban sahaja. Apapun apabila aku baca kembali buku ini, ianya adalah mengenai perjuangan. Sebuah kisah perjuangan yang penuh dengan cabaran dan dilemma. Bagaimana pahlawan-pahlawan Pahang pada ketika itu seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi dan lain-lain gigih dalam perjuangan mengusir penjajah British. Perjuangan mereka tidak mudah kerana yang bersama dengan British adalah Sultan Pahang sendiri. Di Jerampai, Mat Kilau dan rakan-rakan seperjuangan melawan tentara Sikh British yang lengkap bersenapang, sedangkan mereka...

selamat hari raya

Image
Assalamualaikum Hari ini telah masuk 3 Syawal 1432H. Raya tahun ini adalah yang pertama buat kami sekeluarga tanpa kehadiran abah tercinta. Tiada lagi takbir di rumah selepas subuh yang biasa kami buat. Tiada lagi terikan untuk kami adik beradik siap awal untuk ke masjid di pagi raya. Tiada lagi sampul khas raya dari abah untuk kami dan anak-anak. Tiada lagi persediaan khas 2 hari sebelum raya untuk membeli daging, kuih serta 20 botol air gas. Hanya inisiatif kami sahajalah adik beradik serta mama untuk membeli semua itu. Alhamdulillah, rezeki kami masih ada untuk mendapatkannya. Apa yang boleh kami lakukan untuk abah hanyalah menziarah pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Tg Kerayong pada pagi 1 syawal. Nampak Adi tidak mampu menahan sebak dan menzahirkan tangisan, sedangkan aku hanya menahannya di dalam hati. Kakak juga sedikit sedih, tapi Mama kelihatan lebih cekal. Memang Adi lebih sentimental berbanding abangnya. Namun yang agak mengejutkan perkuburan tersebut memang mewah dan ...

Ulasan Buku : Tersungkur di Pintu Syurga

Image
Detik-detik penangkapan pemimpin Al-Arqam Assalamualaikum Ramadhan Kareem. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah di bulan yang mulia ini. Sambil tu aku tidak berhenti-henti berdoa agar roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan pejuang Islam yang soleh. Dalam post kali ini, seperti dijanjikan dalam post yang lepas, aku ingin mengulas buku-buku yang pernah dibaca dan diteliti oleh abah sebagai salah satu bentuk perkongsian ilmu. Sesetengahnya buku lama, seperti "Tersungkur di Pintu Syurga" tulisan Zabidi Mohamed. Ditulis pada 1998, dibeli tahun 2000. Maknanya dah 11 tahun umur buku ni. Apa yang menarik? Buku ini menceritakan pengalaman penulis sendiri yang merupakan bekas pengikut setia Al-Arqam yang juga penasihat undang-undang pertubuhan yang telah diharamkan kerajaan itu. "Tragedi umat abad ke-21". Itulah antara ungkapan yang dapat diberikan bagaimana empayar Al-Arqam yang besar dan kukuh lengkap dengan kilangnya, makanannya...

Abahku dan buku-bukunya

Aku sendiri seorang yang cintakan pada ilmu. Serius! Bukan main-main. Masalahnya aku selalu malas membeli buku, mungkin kerana kedekut nak mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku yang belum terdesak memerlukan. Sikapku ini amat berbeza dengan abahku, insan yang tersangat (malah antara yang paling) cintakan ilmu pernah ku lihat di muka bumi ini. Di rumahku terdapat 7 rak buku, 2 dalam bilik arwah abah, dan 5 lagi di ruang tamu. Benarlah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, buku ini bukanlah perhiasan, tetapi perhiasan yang paling cantik ialah buku! Aku berasa amat malu dengan arwah abah kerana bilangan buku yang aku beli selama hidup 30 tahun ini agaknya tak sampai 1/6 pun dari rak tersebut (Mengapa 1/6? Kerana rak tersebut ada 6 bahagian). Salah satu daripada rak tersebut merupakan red spot section, hanya dengan kebenaran lisan (@ bertulis..hehehe) yang dapat membacanya. Di dalamnya terdapat buku yang mahal-mahal yang kebanyakannnya abah beli dari Folio Society dan Ridest Digest, se...

Bunga Bangsa yang dikagumi Abah

Image
Presiden Indonesia yang pertama, Bung Karno Abahku amat mengagumi Allahyarham Soekarno, Presiden pertama yang juga digelar 'Penyambung Lidah Bangsa Indonesia'. Sebabnya bukan sukar untuk diterjemahkan, perjuangan perjuangan dan perjuangan. Bagi abahku, perjuangan Indonesia membebaskan diri dari belenggu penjajahan amat klasik dan penuh tribulasi. Indonesia membebaskan negara mereka melalui revolusi. Mungkin bertitik tolak dari sinilah, abahku amat berminat bahkan melibatkan diri dengan perjuangan kiri dan sering menggelarkan diri sebagai pejuang revolusinari. Malah, abahku mendapat gelaran 'Bung' juga kerana pengaruh dari nama panggilan tokoh revolusi Indonesia iaitu Bung Karno sendiri, Bung Hatta dan Bung Tomo. Ucapan sempena setahun kemerdekaan Soekarno juga 'digilai' abah atas ucapannya yang sangat 'berapi' berserta hujah yang bernas dan padat, sehinggakan hadirin mampu mengikutinya selama 4 jam tanpa bergerak sedikitpun. Selain itu, Soekarno...

Kenangan RM 1 puasa satu hari

Hari ini adalah 1 Ramadhan 1432H, bermulanya umat Islam seluruh dunia mendirikan rukun Islam yang ke-3, berpuasa. Aku teringat semasa kami kecil, aku mungkin di Darjah 1, Adi tadika, Kakak di Darjah 3, abahku akan berkata di setiap awal Ramadhan, siapa yang berpuasa satu hari, abah beri seringgit, puasa 20 hari 20 ringgit, 30 hari 30 ringgit! Kami memang cukup seronok, mana taknya, nak dapat duit la katakan. Walaupun nilai seringgit itu kecil sahaja pada masa sekarang, namun pada waktu kami kecil, seringgit ni lebih dari cukup untuk makan di kantin. Nasi lemak 30 sen, keropok 10 sen biasa beli 2, air 10 sen. Bestnya waktu tu kan. Aku masih ingat, tahun yang pertama, aku hanya dapat RM4, maknanya hanya 4 hari lah. Tahun kedua up sikit RM20. Tahun ketiga dan seterusnya puasaku bertambah konsisten dan hanya 2 atau 3 hari sahaja yang akan 'missed'. Begitulah kebijaksanaan Abah mendidik kami berpuasa. Beliau tahu paksaan dan hukuman bukanlah cara yang terbaik dalam menyuruh anak mel...

Calon pilihanraya dan kacau dodol

Image
Poster pilihanraya yang menjadi kenang-kenangan. Pak saudaraku Allahyarham Uncle Yem (Abdul Rahim) pernah mengutip poster-poster ini yang terjatuh untuk disimpan. Abahku menjadi calon PAS untuk DUN Dong pada pilihanraya umum 2004. Abahku memang anak jati Dong yang mana dilahirkan di Kg Ajai. Malah pernah menjadi pengetua di Sekolah Menengah Dong selama setahun dan dalam tempoh sesingkat itu berjaya menaikkan peratusan kelulusan SPM sekolah berkenaan sehingga 90%. Bak kata, Abahku memang agak terkenal lah dalam kawasan DUN tersebut. PAS kawasan Raub pada waktu itu ketandusan calon yang berkaliber. Pemimpin PAS setempat Tengku Puji tidak dapat bertanding kerana masalah peribadi manakala calon hebat Dr Nilam Manaf bertanding di Batu Talam. Abahku menerima panggilan daripada rakan-rakan untuk membantu menjadi calon di sana atas faktor anak tempatan dan pandai berbahasa Cina. Dalam DUN tersebut terdapat beberapa kawasan Cina yang agak kuat MCA seperti Sg Ruan. Dong merupakan antara ...

Filem dan falsafah

Image
Antara filem kegemaran abah. Lagu temanya Ecstasy of Gold diberi nafas baru oleh Metallica seterusnya menjadi lagu kegemeranku kini Abahku amat minat dengan filem-filem yang dalamnya ada unsur falsafah dan pengajaran. Begitu juga filem yang mana keadilan akan mengatasi kebatilan. Contoh filem kegemarannya The Good, The Bad and The Ugly lakonan Clint Eastwood. Selain meminati lagu temanya Ecstasy of Gold, abahku amat meminati jalan cerita yang mana Clint membersihkan pekan koboi tersebut dari anasir jahat. Cerita lain yang diminati Conan The Barbarian lakonan Arnold Scwarzenegger, Dr Zhivago (Omar Sharif), Death Hunt (Charles Bronson) dan Bridge on the River Kwai (William Holden). Pelakon dalam kurungan secara automatik menjadi pelakon kegemaran abah. Cerita Melayu malangnya sukar memenuhi selera terutama filem-filem baru. Dengan lawak bodoh, plot yang lemah serta falsafah cerita yang teramat kurang, tidak hairanlah DVD di rumah amat kurang filem Melayu (jika ada pun, adikku Putri ...

Assalamualaikum..dan ini adalah entry pertama

Allahyarham Bung Selamat Ahmad Kamal telahpun pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya pada jam 12.00 tengahari 27 Mei 2011 (Jumaat) bersamaan 24 Jamadilakhir 1432H. Armarhum telah meninggalkan seorang balu iaitu Zaleha binti Baseri dan 4 orang anak iaitu kakakku, aku sendiri Ahmad Wiraputra, dan adik-adikku Ahmad Adiputra dan Putri Syazwani. Sebagai anak lelaki tua yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, aku bukan sahaja menganggap abah sebagai abah, tetapi juga sebagai kawan, guru, pendidik, imam, ulamak malah negarawan yang sangat luhur. Abah telah membesarkanku dan adik beradik yang lain bukan dengan sikap materialis dan mementingkan diri, tetapi dengan ideologi perjuangan yang mantap dan mengutamakan kebajikan rakyat dari tembolok sendiri. Abah telah mendewasakan kami dengan erti politik dan perjuangan yang sebenar. Dari sosialisme, komunisme, nasionalisme saintifik seterusnya kepada Islam yang sejati, begitulah abah menempuhi evolusi pemikirannya yang tersendiri. ...