Posts

Showing posts from July, 2011

Kenangan RM 1 puasa satu hari

Hari ini adalah 1 Ramadhan 1432H, bermulanya umat Islam seluruh dunia mendirikan rukun Islam yang ke-3, berpuasa. Aku teringat semasa kami kecil, aku mungkin di Darjah 1, Adi tadika, Kakak di Darjah 3, abahku akan berkata di setiap awal Ramadhan, siapa yang berpuasa satu hari, abah beri seringgit, puasa 20 hari 20 ringgit, 30 hari 30 ringgit! Kami memang cukup seronok, mana taknya, nak dapat duit la katakan. Walaupun nilai seringgit itu kecil sahaja pada masa sekarang, namun pada waktu kami kecil, seringgit ni lebih dari cukup untuk makan di kantin. Nasi lemak 30 sen, keropok 10 sen biasa beli 2, air 10 sen. Bestnya waktu tu kan. Aku masih ingat, tahun yang pertama, aku hanya dapat RM4, maknanya hanya 4 hari lah. Tahun kedua up sikit RM20. Tahun ketiga dan seterusnya puasaku bertambah konsisten dan hanya 2 atau 3 hari sahaja yang akan 'missed'. Begitulah kebijaksanaan Abah mendidik kami berpuasa. Beliau tahu paksaan dan hukuman bukanlah cara yang terbaik dalam menyuruh anak mel

Calon pilihanraya dan kacau dodol

Image
Poster pilihanraya yang menjadi kenang-kenangan. Pak saudaraku Allahyarham Uncle Yem (Abdul Rahim) pernah mengutip poster-poster ini yang terjatuh untuk disimpan. Abahku menjadi calon PAS untuk DUN Dong pada pilihanraya umum 2004. Abahku memang anak jati Dong yang mana dilahirkan di Kg Ajai. Malah pernah menjadi pengetua di Sekolah Menengah Dong selama setahun dan dalam tempoh sesingkat itu berjaya menaikkan peratusan kelulusan SPM sekolah berkenaan sehingga 90%. Bak kata, Abahku memang agak terkenal lah dalam kawasan DUN tersebut. PAS kawasan Raub pada waktu itu ketandusan calon yang berkaliber. Pemimpin PAS setempat Tengku Puji tidak dapat bertanding kerana masalah peribadi manakala calon hebat Dr Nilam Manaf bertanding di Batu Talam. Abahku menerima panggilan daripada rakan-rakan untuk membantu menjadi calon di sana atas faktor anak tempatan dan pandai berbahasa Cina. Dalam DUN tersebut terdapat beberapa kawasan Cina yang agak kuat MCA seperti Sg Ruan. Dong merupakan antara

Filem dan falsafah

Image
Antara filem kegemaran abah. Lagu temanya Ecstasy of Gold diberi nafas baru oleh Metallica seterusnya menjadi lagu kegemeranku kini Abahku amat minat dengan filem-filem yang dalamnya ada unsur falsafah dan pengajaran. Begitu juga filem yang mana keadilan akan mengatasi kebatilan. Contoh filem kegemarannya The Good, The Bad and The Ugly lakonan Clint Eastwood. Selain meminati lagu temanya Ecstasy of Gold, abahku amat meminati jalan cerita yang mana Clint membersihkan pekan koboi tersebut dari anasir jahat. Cerita lain yang diminati Conan The Barbarian lakonan Arnold Scwarzenegger, Dr Zhivago (Omar Sharif), Death Hunt (Charles Bronson) dan Bridge on the River Kwai (William Holden). Pelakon dalam kurungan secara automatik menjadi pelakon kegemaran abah. Cerita Melayu malangnya sukar memenuhi selera terutama filem-filem baru. Dengan lawak bodoh, plot yang lemah serta falsafah cerita yang teramat kurang, tidak hairanlah DVD di rumah amat kurang filem Melayu (jika ada pun, adikku Putri

Assalamualaikum..dan ini adalah entry pertama

Allahyarham Bung Selamat Ahmad Kamal telahpun pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya pada jam 12.00 tengahari 27 Mei 2011 (Jumaat) bersamaan 24 Jamadilakhir 1432H. Armarhum telah meninggalkan seorang balu iaitu Zaleha binti Baseri dan 4 orang anak iaitu kakakku, aku sendiri Ahmad Wiraputra, dan adik-adikku Ahmad Adiputra dan Putri Syazwani. Sebagai anak lelaki tua yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, aku bukan sahaja menganggap abah sebagai abah, tetapi juga sebagai kawan, guru, pendidik, imam, ulamak malah negarawan yang sangat luhur. Abah telah membesarkanku dan adik beradik yang lain bukan dengan sikap materialis dan mementingkan diri, tetapi dengan ideologi perjuangan yang mantap dan mengutamakan kebajikan rakyat dari tembolok sendiri. Abah telah mendewasakan kami dengan erti politik dan perjuangan yang sebenar. Dari sosialisme, komunisme, nasionalisme saintifik seterusnya kepada Islam yang sejati, begitulah abah menempuhi evolusi pemikirannya yang tersendiri.