Kenangan RM 1 puasa satu hari
Hari ini adalah 1 Ramadhan 1432H, bermulanya umat Islam seluruh dunia mendirikan rukun Islam yang ke-3, berpuasa. Aku teringat semasa kami kecil, aku mungkin di Darjah 1, Adi tadika, Kakak di Darjah 3, abahku akan berkata di setiap awal Ramadhan, siapa yang berpuasa satu hari, abah beri seringgit, puasa 20 hari 20 ringgit, 30 hari 30 ringgit!
Kami memang cukup seronok, mana taknya, nak dapat duit la katakan. Walaupun nilai seringgit itu kecil sahaja pada masa sekarang, namun pada waktu kami kecil, seringgit ni lebih dari cukup untuk makan di kantin. Nasi lemak 30 sen, keropok 10 sen biasa beli 2, air 10 sen. Bestnya waktu tu kan.
Aku masih ingat, tahun yang pertama, aku hanya dapat RM4, maknanya hanya 4 hari lah. Tahun kedua up sikit RM20. Tahun ketiga dan seterusnya puasaku bertambah konsisten dan hanya 2 atau 3 hari sahaja yang akan 'missed'. Begitulah kebijaksanaan Abah mendidik kami berpuasa. Beliau tahu paksaan dan hukuman bukanlah cara yang terbaik dalam menyuruh anak melaksanakan tuntutan agama, tetapi melalui hikmah yang mengandungi maksud tersirat.
Apabila aku dan adik beradik semakin besar, kami tidak lagi menerima imbuhan sebegitu, tetapi kami tetap berpuasa kerana kami faham, ia tuntutan syariat. Teringat pulak dalam filem Indonesia tahun 80 an Wali Sembilan. Apabila Sunan Kalijaga menyatakan syariat, orang-orang kampung di Jawa pada waktu itu yang baru memeluk Islam mengatakan Syaringat.
"Loh, mengapa pula dikatakan syaringat" pelik Sunan Kalijaga.
Kata salah seorang penduduk kampung "Syaringat kan (berbanding Syariat), lebih enak di lidah.
Sunan pun berfikir sejenak seraya berkata "Syaringat..syariat..Ohh..Boleh tu. Tetapi syaringat mesti tetap dijalankan". Kata-kata Sunan disambut dengan gembira dan senang hati oleh semua di situ termasuk kanak-kanak.
Jika Sunan Kalijaga berkeras mengatakan ia Syariat bukan Syaringat kepada masyarakat yang baru memeluk Islam, agaknya Islam berkembang atau tidak di Tanah Jawa?

Comments
Post a Comment