Posts

Showing posts from April, 2013

Pesta Demokrasi datang lagi

Pilihanraya datang lagi. Kali ini 5 Mei 2013 menjadi tarikh keramat samada rejim BN akan terus kekal berkuasa, atau tempatnya akan diambil oleh Pakatan Rakyat. Satu perhitungan yang agak sukar kerana terlalu seimbang. Dalam 5 tahun ini, samada BN atau PR ada turun naiknya, bergantung kepada isu yang dimainkan. Cuma istimewanya tahun ini, pilihanraya kali ini boleh dianggap sebagai perang media baru. BN tidaklah lagi dapat bergantung sepenuhnya kepada TV dan suratkhabar yang dikuasai mereka. Mereka turut serta terjun ke medan siber bagi melawan hujah PR. Blog, facebook, twitter malah Instagram menjadi medium penyampaian maklumat (dan fitnah) paling utama. Dengan kadar celik IT yang semakin tinggi, berita TV dianggap 'lame' dan sudah basi. Jika pada 2008 dan sebelumnya, kita akan mengadap TV dari jam 8 malam sehingga 4 pagi bagi menanti keputusan pilihanraya, namun kali ini aku menjangkakan ramai antara kita mengadap komputer, laptop, iPad atau smartphone masing-masing. Jika