Posts

Showing posts from August, 2011

Ulasan Buku : Tersungkur di Pintu Syurga

Image
Detik-detik penangkapan pemimpin Al-Arqam Assalamualaikum Ramadhan Kareem. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah di bulan yang mulia ini. Sambil tu aku tidak berhenti-henti berdoa agar roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan pejuang Islam yang soleh. Dalam post kali ini, seperti dijanjikan dalam post yang lepas, aku ingin mengulas buku-buku yang pernah dibaca dan diteliti oleh abah sebagai salah satu bentuk perkongsian ilmu. Sesetengahnya buku lama, seperti "Tersungkur di Pintu Syurga" tulisan Zabidi Mohamed. Ditulis pada 1998, dibeli tahun 2000. Maknanya dah 11 tahun umur buku ni. Apa yang menarik? Buku ini menceritakan pengalaman penulis sendiri yang merupakan bekas pengikut setia Al-Arqam yang juga penasihat undang-undang pertubuhan yang telah diharamkan kerajaan itu. "Tragedi umat abad ke-21". Itulah antara ungkapan yang dapat diberikan bagaimana empayar Al-Arqam yang besar dan kukuh lengkap dengan kilangnya, makanannya

Abahku dan buku-bukunya

Aku sendiri seorang yang cintakan pada ilmu. Serius! Bukan main-main. Masalahnya aku selalu malas membeli buku, mungkin kerana kedekut nak mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku yang belum terdesak memerlukan. Sikapku ini amat berbeza dengan abahku, insan yang tersangat (malah antara yang paling) cintakan ilmu pernah ku lihat di muka bumi ini. Di rumahku terdapat 7 rak buku, 2 dalam bilik arwah abah, dan 5 lagi di ruang tamu. Benarlah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, buku ini bukanlah perhiasan, tetapi perhiasan yang paling cantik ialah buku! Aku berasa amat malu dengan arwah abah kerana bilangan buku yang aku beli selama hidup 30 tahun ini agaknya tak sampai 1/6 pun dari rak tersebut (Mengapa 1/6? Kerana rak tersebut ada 6 bahagian). Salah satu daripada rak tersebut merupakan red spot section, hanya dengan kebenaran lisan (@ bertulis..hehehe) yang dapat membacanya. Di dalamnya terdapat buku yang mahal-mahal yang kebanyakannnya abah beli dari Folio Society dan Ridest Digest, se

Bunga Bangsa yang dikagumi Abah

Image
Presiden Indonesia yang pertama, Bung Karno Abahku amat mengagumi Allahyarham Soekarno, Presiden pertama yang juga digelar 'Penyambung Lidah Bangsa Indonesia'. Sebabnya bukan sukar untuk diterjemahkan, perjuangan perjuangan dan perjuangan. Bagi abahku, perjuangan Indonesia membebaskan diri dari belenggu penjajahan amat klasik dan penuh tribulasi. Indonesia membebaskan negara mereka melalui revolusi. Mungkin bertitik tolak dari sinilah, abahku amat berminat bahkan melibatkan diri dengan perjuangan kiri dan sering menggelarkan diri sebagai pejuang revolusinari. Malah, abahku mendapat gelaran 'Bung' juga kerana pengaruh dari nama panggilan tokoh revolusi Indonesia iaitu Bung Karno sendiri, Bung Hatta dan Bung Tomo. Ucapan sempena setahun kemerdekaan Soekarno juga 'digilai' abah atas ucapannya yang sangat 'berapi' berserta hujah yang bernas dan padat, sehinggakan hadirin mampu mengikutinya selama 4 jam tanpa bergerak sedikitpun. Selain itu, Soekarno