Posts

Tujuh tahun telah berlalu

Bukan mudah menulis sebuah blog, Buktinya adalah blog ini sendiri, yang sepatutnya ditulis oleh aku dengan kerap tetapi sempoi. Namun apa yang berlaku, 7 tahun ianya dibiarkan berhabuk. Ibarat sebuah rumah tua yang usang dan jauh dari di hujung kampung, begitulah blog ini. Kesibukan kerja dan menyambung pengajian menyebabkan aku tidak mampu memberi walau pos pendek pun. Lemah pula rasa apabila hanya mampu membaca pos terakhir yang ditulis padan 2015. Tanpa sedar, teknologi dan pendekatan manusia telah berubah. Jika dulu, kita nukilkan segalanya di blog. Pandangan kita, kehidupan kita, perjalanan kita ke mana-mana, semuanya blog. Kadang kita menulis hanya untuk kepuasan diri. Biarlah tiada siapa yang tahu, asalkan ia boleh dibuka kembali pada tahun-tahun mendatang tidak lebih dari sekadar menggamit memori. Namun kini, zaman semuanya ingin ditularkan. Anak-anak muda tidak lagi mengejar kebenaran dan keilmuan, tetapi  glitz and glamour. Viral  telah menjadi kamus hidup anak-anak remaja ke

Less Between 3 Evils

Salam semua Sudah lama aku tidak menulis di blog ini. Entahlah, mungkin terlalu sibuk, atau mood untuk menulis memang tiada. Sebagai anak lelaki tua Bung Selamat, aku wujudkan blog ini bukanlah untuk mencari publisiti, jauh sekali mendapatkan habuan wang. Aku hanya ingin coretkan kisah-kisah suka duka, pahit manis kami sekeluarga di samping apa sebenarnya yang terkandung dalam minda Bung. Malangnya, banyak yang arwah katakan itu betul. Antaranya kita sedang menuju politik Malaysia yang sangat gelap. Jika sebelum ini kita bersatu di bawah panji Islam dan Pakatan, kali ini ia telah terpecah 3. UMNO dan BN sudah tentu pihak yang abahku takkan redhai buat selamanya. Mungkin kerana sentimen abah dari dulu lagi yang bersama dengan perjuangan rakyat ada masa ku menulis, BN sedang terpalit dengan isu integiti yang paling besar dalam sejarah iaitu 1MDB dan derma RM2.6billion. Pada masa kini, hampir 90% pengguna Internet membenci DSN. Buktinya boleh dilihat dari komen-komen samada di laman p

Bukit Jalil 2014

Esok 1 November, sekali lagi aku dan adikku akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pasukan kesayangan kami Tok Gajah bertemu JDT. Perlawanan yang dianggap sebagai Final of The Century, Battle of the Giants, Battle of the Chants dan sebagainya. Memang kedua-dua pasukan ini layak dan berhak ke final. Prestasi yang ditunjukkan sepanjang 2014 cukup membanggakan, dan tiada pasukan lain yang lebih berhak ke final 2014 kecuali Pahang dan Harimau Selatan. Seperti biasa Adi akan meng 'ejas' tiket untuk kami, dan kami bertuah kerana mendapatkannya secara online, tak perlu berimpit dan bersesak dengan penyokong tegar lain di kaunter stadium. Memang seksa melihat keadaan mereka di sana, demi sekeping tiket, tapi itulah yang dinamakan die hard fan. Apa yang mengecewakan, Majlis Daerah, ADUN, org2 kenamaan dan orang2 politik dapat seinci tebal tiket, yang pastinya akan diedarkan di kalangan kroni dan mereka-mereka yang tak minat bola. Inilah dunia mereka, pada mereka halal d

Retak Menanti Belah

Hari ini 26 Ogos 2014, krisis di Selangor masih belum ada tanda-tanda beransur pulih. Kecelaruan dalam PKR kini melarat pula kepada PAS. Masing-masing mula menampakkan belang dan warna sebenar. Pesta londeh melondeh antara Pakatan Rakyat telah pun bermula, dan rakyat memerhatikannya samada dengan senyuman, gelak tawa, kemurungan atau tangisan yang kuat. Aku teringat abah pernah menceritakan bagaimana tentera Mujahidin Afghanistan dengan perkasanya menewaskan tentera Rusia yang hebat itu pada tahun 1980an. Namun selepas menang, mereka bergaduh sesama sendiri disebabkan kuasa. Kita lihat kuasa jahat jarang memperlihatkan persengketaan sesama sendiri, contohnya Yahudi dan Amerika. Tidak pernah kita lihat berlaku konflik. Mungkin kerana setan dengan setan, memang resamnya tidak bergaduh. Tapi pihak kebenaran ini mudah sangat berlaku sedemikian. Jika abahku masih hidup dan melihat keadaan ini, pasti beliau amat kecewa. Mungkin di Malaysia ini memang ditakdirkan pemerintah sekarang aka

Masa depan yang gelap

Sehari selepas keputusan PRU 12, abahku tidak kelihatan ceria berbanding aku dan adikku. Barisan Nasional kehilangan 2/3 majoriti dan 5 buah negeri. Aku menjangkakan abahku akan gembira tetapi ternyata kurang. Aku masih ingat semasa aku menelefon abahku selepas pilihanraya 1999 yang menyaksikan PAS menawan Kelantan dan Terengganu, abahku ternyata sangat excited membuat ulasan mengenainya. Pada tahun 2008, ulasan abah masih panjang tetapi menyimpulkan masa depan politik Malaysia gelap. Kami tidak bertanya banyak, hanya mendengar dan terus mendengar. Tetapi aku yakin abahku tidak begitu gembira PAS tidak menang banyak kerusi berbanding DAP dan PKR. Tambahan lagi, swing undi diterbitkan oleh pengundi tiong hua berbanding Melayu. Pada kami, ia tidak semestinya dari PAS, asalkan kerusi dimenangi oleh Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat). Pastinya ketiga-tiga parti dalam akan mencapai titik persamaan dalam menerajui Malaysia. 6 tahun berlalu, aku sudah mula merasakan kebenaran kata-kat

Abah yang paling hebat

Aku kini jua adalah seorang abah. Aku tahu bagi anak-anakku yang masih kecil, aku adalah yang paling kuat, gagah, kebal, berani dan sebagainya. Bagi mereka, akulah superman, spiderman mahupun ultraman. Segalanya pasti selamat jika mereka berada di belakangku. Manakan tidak, benda yang sangat berat bagi mereka, aku mampu mengangkatnya dengan mudah. Anak sulungku Amanda meminta aku mengalihkan khemah mainannya dari dapur ke ruang depan, aku mampu angkat seorang. Rayyan pula meminta aku mengambilkan kotaknya di almari tinggi, langsung tak mampu dijangkau, tapi aku mampu. Dua-dua merengek nak berdokong di shopping complex. Akhirnya aku angkat kedua-duanya. Terpaku mereka dengan kekuatan ku. Begitulah sebenarnya nilai seorang abah di mata anak-anak yang dambakan kasih sayang. Aku teringat masa kecil aku juga begitu. Abahku dengan gagah membelah kelapa, menolak pemotong rumput, mengangkat beras 10kg seorang diri, yang mana aku terkial-kial nak melakukannya. Masih aku teringat, abahku den

Pesta Demokrasi datang lagi

Pilihanraya datang lagi. Kali ini 5 Mei 2013 menjadi tarikh keramat samada rejim BN akan terus kekal berkuasa, atau tempatnya akan diambil oleh Pakatan Rakyat. Satu perhitungan yang agak sukar kerana terlalu seimbang. Dalam 5 tahun ini, samada BN atau PR ada turun naiknya, bergantung kepada isu yang dimainkan. Cuma istimewanya tahun ini, pilihanraya kali ini boleh dianggap sebagai perang media baru. BN tidaklah lagi dapat bergantung sepenuhnya kepada TV dan suratkhabar yang dikuasai mereka. Mereka turut serta terjun ke medan siber bagi melawan hujah PR. Blog, facebook, twitter malah Instagram menjadi medium penyampaian maklumat (dan fitnah) paling utama. Dengan kadar celik IT yang semakin tinggi, berita TV dianggap 'lame' dan sudah basi. Jika pada 2008 dan sebelumnya, kita akan mengadap TV dari jam 8 malam sehingga 4 pagi bagi menanti keputusan pilihanraya, namun kali ini aku menjangkakan ramai antara kita mengadap komputer, laptop, iPad atau smartphone masing-masing. Jika