Assalamualaikum..dan ini adalah entry pertama
Allahyarham Bung Selamat Ahmad Kamal telahpun pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya pada jam 12.00 tengahari 27 Mei 2011 (Jumaat) bersamaan 24 Jamadilakhir 1432H. Armarhum telah meninggalkan seorang balu iaitu Zaleha binti Baseri dan 4 orang anak iaitu kakakku, aku sendiri Ahmad Wiraputra, dan adik-adikku Ahmad Adiputra dan Putri Syazwani.
Sebagai anak lelaki tua yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, aku bukan sahaja menganggap abah sebagai abah, tetapi juga sebagai kawan, guru, pendidik, imam, ulamak malah negarawan yang sangat luhur. Abah telah membesarkanku dan adik beradik yang lain bukan dengan sikap materialis dan mementingkan diri, tetapi dengan ideologi perjuangan yang mantap dan mengutamakan kebajikan rakyat dari tembolok sendiri. Abah telah mendewasakan kami dengan erti politik dan perjuangan yang sebenar.
Dari sosialisme, komunisme, nasionalisme saintifik seterusnya kepada Islam yang sejati, begitulah abah menempuhi evolusi pemikirannya yang tersendiri. Benar, abah bukan ahli politik besar, tetapi pemikirannya kadangkala lebih revolusinari berbanding politikus itu sendiri.
Blog ini diwujudkan bukan sahaja bagi mengenang jasa dan pengorbanan kepada keluarga dan rakyat, tetapi pemikiran dan idealisme yang harus dikongsi bersama. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham yang sepanjang hidup dan nadinya diserahkan untuk memperjuangkan rakyat marhaen tanpa sedikit pun memperolehi laba daripadanya selain balasan dari Allah yang Maha Agung

Comments
Post a Comment