Posts

Showing posts from August, 2014

Retak Menanti Belah

Hari ini 26 Ogos 2014, krisis di Selangor masih belum ada tanda-tanda beransur pulih. Kecelaruan dalam PKR kini melarat pula kepada PAS. Masing-masing mula menampakkan belang dan warna sebenar. Pesta londeh melondeh antara Pakatan Rakyat telah pun bermula, dan rakyat memerhatikannya samada dengan senyuman, gelak tawa, kemurungan atau tangisan yang kuat. Aku teringat abah pernah menceritakan bagaimana tentera Mujahidin Afghanistan dengan perkasanya menewaskan tentera Rusia yang hebat itu pada tahun 1980an. Namun selepas menang, mereka bergaduh sesama sendiri disebabkan kuasa. Kita lihat kuasa jahat jarang memperlihatkan persengketaan sesama sendiri, contohnya Yahudi dan Amerika. Tidak pernah kita lihat berlaku konflik. Mungkin kerana setan dengan setan, memang resamnya tidak bergaduh. Tapi pihak kebenaran ini mudah sangat berlaku sedemikian. Jika abahku masih hidup dan melihat keadaan ini, pasti beliau amat kecewa. Mungkin di Malaysia ini memang ditakdirkan pemerintah sekarang aka