Posts

Showing posts from October, 2014

Bukit Jalil 2014

Esok 1 November, sekali lagi aku dan adikku akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pasukan kesayangan kami Tok Gajah bertemu JDT. Perlawanan yang dianggap sebagai Final of The Century, Battle of the Giants, Battle of the Chants dan sebagainya. Memang kedua-dua pasukan ini layak dan berhak ke final. Prestasi yang ditunjukkan sepanjang 2014 cukup membanggakan, dan tiada pasukan lain yang lebih berhak ke final 2014 kecuali Pahang dan Harimau Selatan. Seperti biasa Adi akan meng 'ejas' tiket untuk kami, dan kami bertuah kerana mendapatkannya secara online, tak perlu berimpit dan bersesak dengan penyokong tegar lain di kaunter stadium. Memang seksa melihat keadaan mereka di sana, demi sekeping tiket, tapi itulah yang dinamakan die hard fan. Apa yang mengecewakan, Majlis Daerah, ADUN, org2 kenamaan dan orang2 politik dapat seinci tebal tiket, yang pastinya akan diedarkan di kalangan kroni dan mereka-mereka yang tak minat bola. Inilah dunia mereka, pada mereka halal d