Ulasan Buku : Perginya Datuk Bahamanku


Abahku meminta aku membaca buku sejak aku Darjah 5 lagi. Pada masa itu, aku tak faham langsung jalan cerita buku ini, hanya baca sahaja, ibarat membaca Al-Quran tanpa memahami isinya. Aku tak faham mengapa aku perlu membaca karya Arman Sani ini. Aku tidak keseorangan kerana adikku Adi perlu menghabiskan buku Tumpah Darah di Jerampai. Kakakku tak kena pula, mungkin kerana kami lebih malas membaca dari kakak dan kuat tengok Transformers dan Space Cop Gaban sahaja.

Apapun apabila aku baca kembali buku ini, ianya adalah mengenai perjuangan. Sebuah kisah perjuangan yang penuh dengan cabaran dan dilemma. Bagaimana pahlawan-pahlawan Pahang pada ketika itu seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi dan lain-lain gigih dalam perjuangan mengusir penjajah British.

Perjuangan mereka tidak mudah kerana yang bersama dengan British adalah Sultan Pahang sendiri. Di Jerampai, Mat Kilau dan rakan-rakan seperjuangan melawan tentara Sikh British yang lengkap bersenapang, sedangkan mereka hanya menggunakan keris dan lembing, jika ada senapangpun jumlahnya amat sedikit. Bukan itu sahaja, mereka juga berhadapan dengan tentera Sultan yang dipimpin Panglima Garang Yusuf. Perpecahan Melayu telah berlangsung pada waktu itu lagi kerana British. Tup tup UMNO melutut pada British memohon kemerdekaan dan mengaku mereka pejuang sebenar kemerdekaan? Sedangkan geng-geng ini hanya duduk bawah ketika British tanpa sebarang penentangan.

"Sebenarnya Sultan Ahmad amat kelam kabut sekarang" kata Mat Kilau. "Baginda terasa bahawa baginda sekarang tidak mempunyai kuasa lagi di negeri ini. Kalau baginda mempunyai kuasa, baginda tidak menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap datuk. Baginda sedar jasa datuk kepada baginda sangat besar. Tapi apa boleh buat, baginda tidak mempunyai kuasa!"
Datuk Bahaman diam.

Ini pun masih ada seorang Prof mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah!?

Comments

  1. Malah, ada juga orang yang kata Mat Kilau penderhaka, pun kontot pemikiran ;

    https://abdullatip.blogspot.my/2009/02/terbuang-tapi-terbilang.html

    ReplyDelete
  2. Saya sedang mencari buku "Perginya Datuk Bahamanku", di mana saya boleh mendapatkan buku ini?

    firdaus6873@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kari Ayam Sempalit

ULASAN BUKU : Chin Peng My Side of History