selamat hari raya
Assalamualaikum
Hari ini telah masuk 3 Syawal 1432H. Raya tahun ini adalah yang pertama buat kami sekeluarga tanpa kehadiran abah tercinta. Tiada lagi takbir di rumah selepas subuh yang biasa kami buat. Tiada lagi terikan untuk kami adik beradik siap awal untuk ke masjid di pagi raya. Tiada lagi sampul khas raya dari abah untuk kami dan anak-anak. Tiada lagi persediaan khas 2 hari sebelum raya untuk membeli daging, kuih serta 20 botol air gas. Hanya inisiatif kami sahajalah adik beradik serta mama untuk membeli semua itu. Alhamdulillah, rezeki kami masih ada untuk mendapatkannya.
Apa yang boleh kami lakukan untuk abah hanyalah menziarah pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Tg Kerayong pada pagi 1 syawal. Nampak Adi tidak mampu menahan sebak dan menzahirkan tangisan, sedangkan aku hanya menahannya di dalam hati. Kakak juga sedikit sedih, tapi Mama kelihatan lebih cekal. Memang Adi lebih sentimental berbanding abangnya. Namun yang agak mengejutkan perkuburan tersebut memang mewah dan seperti kenduri yang tiada makanan. Ramai sanak saudara yang ke pusara di situ.
Aku sempat membacakan Yasin serta sedikit tahlil kepada abah. Aku membacakannya dan ingin membuktikan kepada abah, ajaran serta nasihat beliau kepadaku dan adik beradik yang lain tidak akan sia-sia. Cuma kami terlupa membawa tikar dan air untuk disiram atas pusara, maklumlah first time. Tapi Adi cepat sahaja mengambil air yang disediakan di situ oleh AJK Kubur (Tahniah..AJK Tg Kerayong memang rocks!) serta kotak-kotak air buat mengalas punggung untuk duduk.
Alhamdulillah segalanya selesai dan berjalan lancar. Sedih juga meninggalkan abah pada waktu itu seperti sedihnya meninggalkan abah sewaktu tanganku dan adikku sendiri memaut dan meletak abah ke dalam liang lahad. Perasaan yang amat sukar ku gambarkan. Perpisahan untuk selamanya di dunia. Namun jauh di sudut hati, aku gembira kerana ku yakin abah bahagia dan mendapat tempat disisi Allah jua.
Selamat hari raya Abah

Comments
Post a Comment