Posts

Showing posts from 2012

ULASAN BUKU : Chin Peng My Side of History

Image
Chin Peng, dengar saja namanya semua org akan terbayangkan komunis. Orang Melayu memang anti dengan komunis, begitu juga aku dan juga abah. Sebabnya jelas, komunis tidak mengiktiraf agama, dan menganggapnya sebagai candu masyarakat. Namun bagi abah, sebencinya pada komunis, dia lebih benci orang yang tak tahu kenapa dia perlu membenci atau menyukai seseorang. Lampoon proletariat adalah istilah yang biasa abah tujukan kepada golongan. Miskin, tapi bodoh dan menghambakan diri kepada orang kaya. Abahku cinta pada ilmu dan mereka yang cintakan ilmu. Atas sebab itu, abah tidak akan teragak2 membeli buku-buku teori marxisme, comunisme malah Bible sekalipun, bukan untuk menurut tapi mengkaji apa sebenarnya sebab kita perlu membenci seseorang. Percaya atau tidak, abahku ada menyimpan Mein Kampf, tapi tak tahu mana hilang. My Side of History juga adalah satu lagi koleksi buku abah mengenai biografi Chin Peng. Chin Peng My Side of History  Selain dari hanya mendegar dari media dan ...

Mutiara Kata Bung Karno

Perjuanganku lebih mudah karena mengusir penjajah, tapi perjuanganmu akan lebih sulit karena melawan bangsamu sendiri.

Dompet Buruk

Image
Di penghujung usia abahku yang selalu ke hospital atas pelbagai jenis penyakit, pernah sekali aku ditugaskan memegang dompet abahku. Dompetnya buruk, sedikit terkoyak dan compang camping, jenama Puma. Mungkin dibeli di Pasar Malam Mentakab atau Pekan Sari Temerloh dengan harga tak sampai RM20. Bila aku membukanya, ada berpuluh keping not RM50, yang mana jumlahnya mungkin hampir RM1000! Begitulah abahku sejak kami kecil lagi. Arwah selalu mencanangkan takkan keluar ke mana-mana jika duit dalam wallet takde RM1000. Abah begitu cermat dan berhati-hati tentang duit. Jika tersekat di mana-mana atau ada masalah yang datang tiba-tiba, pada abah duit mesti ada dan tak boleh kurang pada waktu tersebut. Tetapi lain dari kebanyakan orang kita yang lebih gemar menunjuk-nunjuk, abah hanya menggunakan dompet buruk sahaja sejak dulu. Jika digantipun wallet yang murah-murah. Sesetengah orang lain walletnya mungkin berjenama Dunhill atau John Master, tapi duit dalamnya tak sampai 30 ringgit! Begitu...

PEJUANG ISLAM DAN KEADILAN

Image
Abah berucap sebagai pejuang veteran sempena lawatan DSAI ke Mentakab sekitar Ogos 2009. Turut kelihatan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Gambar kredit http://lubokkawah.blogspot.com

Kari Ayam Sempalit

Image
Teringat masa kami kecil-kecil dahulu, abah selalu bawa kami makan ke Restoran Kari Ayam Sempalit, letaknya di Kg Sempalit. Kalau dari bandar Raub menuju ke Dong, kita akan sampai Sempalit dulu. Kami akan makan di sini ketika sanak-saudara yang lain makan rendang, lemang, gulai rebus dan sebagainya pada waktu raya. Abah memang teramat suka dengan kari ayam sempalit, begitu juga aku dan adik beradik. Mama je tak berapa nak selera, kerana yang memasaknya India. Bukan mamak tapi India betul. Ayam tu sembelih ke tidak wallahu a'lam, walaupun katanya disembelih. Rasanya memang sedap. Lain dari yang lain. Kari ayam tu memang specialities lah di restoran tersebut selain dari kari kepala ikan dan ayam goreng. Kebelakangan ni, sambil menguruskan soal pusaka arwah abah, selalu juga lah kami menyinggah ke Raub, tapi tak tahulah restoran di Sempalit tu masih wujud atau tidak. Tapi yang pasti, resepinya telah di'warisi' oleh Restoran Ratha yang terletak di tengah-tengah bandar Rau...

10 tahun Ustaz Fadzil Noor

Image
23 Jun ini genap 10 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal dunia. Aku masih ingat, 10 tahun lalu, selepas mendapat perkhabaran tersebut melalui SMS, abah sedih dan sugul. Abah menyatakan beliau merasa lebih sedih dengan berita ini dari berita kematian abangnya sendiri, iaitu Uncle Salahuddin, kami panggil Uncle Din. Uncle Din meninggal dalam sebulan sebelum tarikh tersebut. Abah mengagumi Ustaz Fadzil dan jarang ketinggalan mendengar kaset serta video ceramah. Abah kata Ustaz Fadzil seorang yang tegas, berwibawa, fleksibel dan memenuhi ciri revolusioner Islam sejati. Persona Ustaz Fadzil juga antara penyebab utama abah menyertai PAS dan menjadi ahli seumur hidup. AL-FATIHAH buat Ustaz Fadzil dan abah juga. Semoga abah bertemu Ustaz Fadzil di alam sana dengan penuh kebahagiaan di sisi Allah S.W.T.

Revolusioner sebenar

Image
Abah tidak pernah lupa mengoyakkan kalendar cina ini setiap hari. Pada 27 Mei 2011, abah masih sempat mengoyakkannya, sebelum abah menghembuskan nafas terakhir selamanya 27 Mei datang dengan seribu satu kenanganku bersama Abah. Abah tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai pemimpin hebat, jarang sekali sebagai seorang yang kaya. Tetapi beliau bangga sebagai seorang revolusioner. Semasa kecil, aku sering tertanya-tanya mengapa abah suka menjadi revolusioner? Mengapa abah lebih suka menjadi sebahagian dari Marhainisme, dan memperjuangkan rakyat termiskin? Abah selalu mengatakan, jika inginkan kekayaan di dunia yang sementara ini, sertailah UMNO. Tapi abah sendiri tidak menyertai UMNO, kenapa? Kerana abah bukan pencari dunia, beliau adalah pemburu keadilan dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Mungkin jika beliau tak sertai PRM dan sertai UMNO, abah dah merasa duduk di rumah banglo mewah dengan kenderaan yang hebat hasil dari projek-projek kerajaan dan sebagainya. Namun abah tak p...

First of May

Hari ini 1 April 2012, genap 34 perkahwinan abahku dengan mamaku. Terima kasih abah dan mama kerana membesarkan kami dengan tabah. Aku tahu selepas menjadi seorang ayah, ianya tidak mudah. Tetapi kami semua telah buktikan, abah dan mama memang hebat. Aku hampir menangis mengenang lagu yang abah suka nyanyikan menjelangkan anniversary. Lagu dari Bee Gees First of May. Walaupun tarikh nikah abah adalah 1 April, dan lagu tersebut menggambarkan 1 May, tapi abah amat suka menyanyikannya. Kadang di rumah, kadang dalam kereta. Ianya masih tengiang-ngiang di telingaku. Suara abah amat merdu menyanyikan lagu itu. Dari sebuah rumah sewa papan di Kg Paya Dalam ke sebuah banglo 2 tingkat di Mentakab. Dari sebuah ford buruk ke Mahindra Scorpio, kasih abah pada mama tetap bersemi. Walaupun bukan setiap hari terungkap dengan kata-kata, tetapi sayang abah kepada mama tidak pernah kurang. When I was small, and Christmas trees were tall, We used to love while others used to play. Don't ask me ...