Dompet Buruk

Di penghujung usia abahku yang selalu ke hospital atas pelbagai jenis penyakit, pernah sekali aku ditugaskan memegang dompet abahku. Dompetnya buruk, sedikit terkoyak dan compang camping, jenama Puma. Mungkin dibeli di Pasar Malam Mentakab atau Pekan Sari Temerloh dengan harga tak sampai RM20. Bila aku membukanya, ada berpuluh keping not RM50, yang mana jumlahnya mungkin hampir RM1000!

Begitulah abahku sejak kami kecil lagi. Arwah selalu mencanangkan takkan keluar ke mana-mana jika duit dalam wallet takde RM1000. Abah begitu cermat dan berhati-hati tentang duit. Jika tersekat di mana-mana atau ada masalah yang datang tiba-tiba, pada abah duit mesti ada dan tak boleh kurang pada waktu tersebut.

Tetapi lain dari kebanyakan orang kita yang lebih gemar menunjuk-nunjuk, abah hanya menggunakan dompet buruk sahaja sejak dulu. Jika digantipun wallet yang murah-murah. Sesetengah orang lain walletnya mungkin berjenama Dunhill atau John Master, tapi duit dalamnya tak sampai 30 ringgit! Begitulah abahku, satu dalam sejuta. Menunjuk-nunjuk tiada dalam kamus hidupnya, kerana resam orang perjuangan ibarat padi, semakin tunduk semakin berisi.

Dompet terakhir abah di dunia yang penuh fana

Comments

Popular posts from this blog

Kari Ayam Sempalit

Ulasan Buku : Tersungkur di Pintu Syurga

ULASAN BUKU : Chin Peng My Side of History