Chin Peng, dengar saja namanya semua org akan terbayangkan komunis. Orang Melayu memang anti dengan komunis, begitu juga aku dan juga abah. Sebabnya jelas, komunis tidak mengiktiraf agama, dan menganggapnya sebagai candu masyarakat. Namun bagi abah, sebencinya pada komunis, dia lebih benci orang yang tak tahu kenapa dia perlu membenci atau menyukai seseorang. Lampoon proletariat adalah istilah yang biasa abah tujukan kepada golongan. Miskin, tapi bodoh dan menghambakan diri kepada orang kaya.
Abahku cinta pada ilmu dan mereka yang cintakan ilmu. Atas sebab itu, abah tidak akan teragak2 membeli buku-buku teori marxisme, comunisme malah Bible sekalipun, bukan untuk menurut tapi mengkaji apa sebenarnya sebab kita perlu membenci seseorang. Percaya atau tidak, abahku ada menyimpan Mein Kampf, tapi tak tahu mana hilang.
My Side of History juga adalah satu lagi koleksi buku abah mengenai biografi Chin Peng.
|
Chin Peng My Side of History |
Selain dari hanya mendegar dari media dan buku rampaian yang diterbitkan kerajaan, kita juga perlu tahu sendiri sisi sejarah dari pihak lawan, dalam konteks ini Chin Peng. Pertamanya perlu kita tahu sebab sebenar Chin Peng berjuang sejak berumur 18 tahun adalah untuk menentang British dan Jepun. Beliau telah menjadi orang penting yang menghubungkan Force 136 dengan MPAJA pada waktu itu dan diangkat menjadi komander komunis di Perak. Pada usia 21, diangkat menjadi Central Committee dan dinaikkan lagi kepada setiausaha umum CPM pada usia 23. Menjelang Jun 1948, semasa darurat, pada usia 24 menjadi orang paling dikehendaki kerajaan British.
|
Ganas tu..boleh kuar paper lak |
|
1 November 2004, beli di MPH |
Comments
Post a Comment