10 tahun Ustaz Fadzil Noor

23 Jun ini genap 10 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal dunia. Aku masih ingat, 10 tahun lalu, selepas mendapat perkhabaran tersebut melalui SMS, abah sedih dan sugul. Abah menyatakan beliau merasa lebih sedih dengan berita ini dari berita kematian abangnya sendiri, iaitu Uncle Salahuddin, kami panggil Uncle Din. Uncle Din meninggal dalam sebulan sebelum tarikh tersebut.

Abah mengagumi Ustaz Fadzil dan jarang ketinggalan mendengar kaset serta video ceramah. Abah kata Ustaz Fadzil seorang yang tegas, berwibawa, fleksibel dan memenuhi ciri revolusioner Islam sejati. Persona Ustaz Fadzil juga antara penyebab utama abah menyertai PAS dan menjadi ahli seumur hidup.

AL-FATIHAH buat Ustaz Fadzil dan abah juga. Semoga abah bertemu Ustaz Fadzil di alam sana dengan penuh kebahagiaan di sisi Allah S.W.T.

Comments

Popular posts from this blog

Kari Ayam Sempalit

ULASAN BUKU : Chin Peng My Side of History

Ulasan Buku : Perginya Datuk Bahamanku