Posts

Showing posts from 2013

Abah yang paling hebat

Aku kini jua adalah seorang abah. Aku tahu bagi anak-anakku yang masih kecil, aku adalah yang paling kuat, gagah, kebal, berani dan sebagainya. Bagi mereka, akulah superman, spiderman mahupun ultraman. Segalanya pasti selamat jika mereka berada di belakangku. Manakan tidak, benda yang sangat berat bagi mereka, aku mampu mengangkatnya dengan mudah. Anak sulungku Amanda meminta aku mengalihkan khemah mainannya dari dapur ke ruang depan, aku mampu angkat seorang. Rayyan pula meminta aku mengambilkan kotaknya di almari tinggi, langsung tak mampu dijangkau, tapi aku mampu. Dua-dua merengek nak berdokong di shopping complex. Akhirnya aku angkat kedua-duanya. Terpaku mereka dengan kekuatan ku. Begitulah sebenarnya nilai seorang abah di mata anak-anak yang dambakan kasih sayang. Aku teringat masa kecil aku juga begitu. Abahku dengan gagah membelah kelapa, menolak pemotong rumput, mengangkat beras 10kg seorang diri, yang mana aku terkial-kial nak melakukannya. Masih aku teringat, abahku den...

Pesta Demokrasi datang lagi

Pilihanraya datang lagi. Kali ini 5 Mei 2013 menjadi tarikh keramat samada rejim BN akan terus kekal berkuasa, atau tempatnya akan diambil oleh Pakatan Rakyat. Satu perhitungan yang agak sukar kerana terlalu seimbang. Dalam 5 tahun ini, samada BN atau PR ada turun naiknya, bergantung kepada isu yang dimainkan. Cuma istimewanya tahun ini, pilihanraya kali ini boleh dianggap sebagai perang media baru. BN tidaklah lagi dapat bergantung sepenuhnya kepada TV dan suratkhabar yang dikuasai mereka. Mereka turut serta terjun ke medan siber bagi melawan hujah PR. Blog, facebook, twitter malah Instagram menjadi medium penyampaian maklumat (dan fitnah) paling utama. Dengan kadar celik IT yang semakin tinggi, berita TV dianggap 'lame' dan sudah basi. Jika pada 2008 dan sebelumnya, kita akan mengadap TV dari jam 8 malam sehingga 4 pagi bagi menanti keputusan pilihanraya, namun kali ini aku menjangkakan ramai antara kita mengadap komputer, laptop, iPad atau smartphone masing-masing. Jika ...

Abah dan bola

Kembali menonton Pahang bermain bola minggu lepas benar-benar menaikkan semangatku kembali. Persembahan yang cukup bertenaga dan dramatik dari skuad Tok Gajah, comeback setelah ketinggalan 0-2 kepada pasukan pilihan Johor Darul Takzim (JDT) sehingga membawa kepada kemenangan 3-2. Aku melompat-lompat kegembiraan terutama bila gawang JDT bolos gol ke-3. Kali ini lebih seronok kerana 2 permata hatiku, Amanda dan Rayyan juga turut melompat kegirangan melibat abah mereka yang sedang 'tak ingat dunia sekejap'. Aku menyokong Pahang dah lama. Abahlah yang memperkenalkan bola kepadaku, dan membentukku menjadi seorang yang ultrafanatik Pahang. Aku masih semasa umurku dalam 6 atau 7 tahun, tiada negeri yang lebih hebat dari Pahang. Jika abah puji masjid di Selangor dan KL lebih besar, aku dengan penuh emosi mengatakan Pahang lagi hebat, lagi besar! Jiwa kenegerianku terbawa-bawa sehingga ke padang bola. Kalau Pahang menang, maknanya sepanjang minggu itulah aku tersenyum. Jika tewas, sep...