Abah dan bola
Kembali menonton Pahang bermain bola minggu lepas benar-benar menaikkan semangatku kembali. Persembahan yang cukup bertenaga dan dramatik dari skuad Tok Gajah, comeback setelah ketinggalan 0-2 kepada pasukan pilihan Johor Darul Takzim (JDT) sehingga membawa kepada kemenangan 3-2. Aku melompat-lompat kegembiraan terutama bila gawang JDT bolos gol ke-3. Kali ini lebih seronok kerana 2 permata hatiku, Amanda dan Rayyan juga turut melompat kegirangan melibat abah mereka yang sedang 'tak ingat dunia sekejap'.
Aku menyokong Pahang dah lama. Abahlah yang memperkenalkan bola kepadaku, dan membentukku menjadi seorang yang ultrafanatik Pahang. Aku masih semasa umurku dalam 6 atau 7 tahun, tiada negeri yang lebih hebat dari Pahang. Jika abah puji masjid di Selangor dan KL lebih besar, aku dengan penuh emosi mengatakan Pahang lagi hebat, lagi besar! Jiwa kenegerianku terbawa-bawa sehingga ke padang bola. Kalau Pahang menang, maknanya sepanjang minggu itulah aku tersenyum. Jika tewas, sepanjang minggu lah muncung.
Perlawanan pertama yang ku tonton adalah Pahang vs K.Lumpur di TV. Bukan live, hanya rangkuman dari berita sahaja. Abah ada bersama ketika itu, apabila Pahang masuk gol yang pertama, bersorak abah. Aku dan Adi yang mulanya terpinga-pinga pun turut bersorak sama. Masuk pula lagi, 2-0! Tak lama lepas tu 3-0! Abah begitu gembira, mungkin juga kami waktu itu. KL dapatlah gol pada minit akhir sebijik. Aku masih ingat abah kata "Ohh..tu kesian je tu". KL pada waktu itupun bukan calang pasukan. Taraf TRW la pada masa itu.
Abah selalu bercerita, malah mungkin berpuluh kali bercerita tentang bagaimana pahlawan Hitam Putih menjadi juara Piala Malaysia yang pertama pada tahun 1983. Adi baru lahir, dan aku pula masih baby. Bintang Pahang pada masa itu adalah seperti Zainal Abidin Hassan, Tajuddin Noor dan Yunus Alif. Pada era tersebut, tiada pasukan lain yang terkuat dan menjadi juara Piala Malaysia selain Selangor dan Singapura. Kalau tak Selangor, Singapura, tak Singapura, Selangor. Namun Pahang berjaya memecah tradisi tersebut pada 1983 dengan membenem Selangor 3-2.
Penuh dramatik waktu itu, Pahang mendahului 1-0, seterusnya 2-0. Selangor merapatkan kedudukan 2-1. Pahang kukuhkan lagi 3-1. Dan pada 10 minit terakhir, Selangor berjaya merapatkan kedudukan 3-2! Bayangkan, jantung Tok Gajah mana yang tidak berdebar apabila beberapa minit lagi untuk mencipta sejarah tersendiri, Selangor yang diketuai Supermokh terus menerus menyerang kubu pasukan Pahang. Pada waktu itu, abah kata ada seorang penyokong Pahang yang tumbang dan meninggal dunia kerana terlampau berdebar menyaksikan perlawanan ini. Cuma terlupa samada arwah meninggal di depan TV atau stadium.
Dan akhirnya Pahang berjaya mendakap piala penuh berprestij itu buat kali pertama sekaligus menamatkan penguasaan Selangor dan Singapura lebih 10 tahun.
Abah memang begitu bersemangat menceritakannya kepada kami peristiwa manis itu. Dan arwah turut bersama kami meraikannya sekali lagi apabila menewaskan Kedah 1-0 pada tahun 1992. Abah juga membawa kami menyaksikan final di Stadium Shah Alam pada 1995 menentang Selangor, tetapi tewas pada masa tambahan.
Dan kami pun masih menantikan detik indah kejuaraan itu lagi. Mungkinkah 2013 milik Pahang!?

Comments
Post a Comment