Pesta Demokrasi datang lagi

Pilihanraya datang lagi. Kali ini 5 Mei 2013 menjadi tarikh keramat samada rejim BN akan terus kekal berkuasa, atau tempatnya akan diambil oleh Pakatan Rakyat. Satu perhitungan yang agak sukar kerana terlalu seimbang. Dalam 5 tahun ini, samada BN atau PR ada turun naiknya, bergantung kepada isu yang dimainkan.

Cuma istimewanya tahun ini, pilihanraya kali ini boleh dianggap sebagai perang media baru. BN tidaklah lagi dapat bergantung sepenuhnya kepada TV dan suratkhabar yang dikuasai mereka. Mereka turut serta terjun ke medan siber bagi melawan hujah PR. Blog, facebook, twitter malah Instagram menjadi medium penyampaian maklumat (dan fitnah) paling utama. Dengan kadar celik IT yang semakin tinggi, berita TV dianggap 'lame' dan sudah basi.

Jika pada 2008 dan sebelumnya, kita akan mengadap TV dari jam 8 malam sehingga 4 pagi bagi menanti keputusan pilihanraya, namun kali ini aku menjangkakan ramai antara kita mengadap komputer, laptop, iPad atau smartphone masing-masing. Jika arwah abah masih ada, pasti beliau teruja lagi menghadapi pilihanraya kali ini. Namun Allah lebih menyayangi, sehingga di penghujung hayatnya pun masih bersama perjuangan Islam.

Jika abah masih ada, pasti aku yang menjadi harapan untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini dari Internet. Aku masih ingat pada tahun-tahun penghujung 1998, 99 dan 2000, akulah yang akan membuka Laman Reformasi (LR, tapi kini sudah ditutup), Harakahdaily dan Malaysiakini untuk apa update berita-beritanya. Abah memang anti dengan TV3, RTM dan Utusan Malaysia, tapi tidak sampai memboikotnya. Prinsip abah, kita perlu dengar dan tahu juga apa yang musuh perkatakan.

Abah rajin membeli suratkhabar pro-PR seperti Harakah, Suara Keadilan dan Siasah. Namun aku faham akhbar-akhbar tu semua tidak 'update' kerana hanya dikeluarkan 2 minggu sekali.

Kali ini, aku dan majoriti seusia dan lebih muda dariku tidak lagi membeli akhbar-akhbar itu kerana media sosial lebih hebat dan terkini. Kekadang kesian juga melihat Harakah yang seolah-olah makin tidak laku, tapi zaman telah berubah, dunia telah berubah. Sekurang-kurangnya Harakah lebih bagus dari UM yang melakukan akhbarnya melalui berita lucah dan fitnah. Kalau Ahad ada extra lagi, artis seksi di sisipan mingguannya.

Semoga pejuang-pejuang Islam dan kebenaran tidak jemu mengibarkan terus bendera perjuangan.

Comments

Popular posts from this blog

Kari Ayam Sempalit

Ulasan Buku : Tersungkur di Pintu Syurga

ULASAN BUKU : Chin Peng My Side of History