Ulasan Buku : Tersungkur di Pintu Syurga
Detik-detik penangkapan pemimpin Al-Arqam |
Ramadhan Kareem. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah di bulan yang mulia ini. Sambil tu aku tidak berhenti-henti berdoa agar roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan pejuang Islam yang soleh.
Dalam post kali ini, seperti dijanjikan dalam post yang lepas, aku ingin mengulas buku-buku yang pernah dibaca dan diteliti oleh abah sebagai salah satu bentuk perkongsian ilmu. Sesetengahnya buku lama, seperti "Tersungkur di Pintu Syurga" tulisan Zabidi Mohamed. Ditulis pada 1998, dibeli tahun 2000. Maknanya dah 11 tahun umur buku ni.
Apa yang menarik? Buku ini menceritakan pengalaman penulis sendiri yang merupakan bekas pengikut setia Al-Arqam yang juga penasihat undang-undang pertubuhan yang telah diharamkan kerajaan itu. "Tragedi umat abad ke-21". Itulah antara ungkapan yang dapat diberikan bagaimana empayar Al-Arqam yang besar dan kukuh lengkap dengan kilangnya, makanannya, majalahnya, videonya, kliniknya dan banyak lagi, mampu ditumbangkan kerajaan Malaysia dengan bantuan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Zabidi menceritakan sendiri bagaimana Al-Arqam pada waktu itu berdepan dengan serangan paling dasyat dari Pusat Islam terutama berkaitan yaqazah Abuya dengan Nabi S.A.W, di samping aurat muhammadiah pegangan Al-Arqam. Perang antara Arqam dan Pusat Islam menyaksikan berlaku banyak pertukaran risalah dan berita di dada akhbar. Utusan yang terkenal sebagai penyebar fitnah sebenarnya sejak dahulu lagi memainkan peranan mereka dengan baik dalam menjahanamkan Al-Arqam.
Yang paling thrill saya kira dalam novel ini adalah penangkapan Zabidi sendiri serta Ustaz Asaari (Abuya), bagaimana kelicikan polis pada waktu itu memperdaya mereka. Sehinggakan Zabidi hampir tak percaya beliau akan ditahan selepas makan satay kajang, satu yang digambarkan Zabidi 'Penangkapan yang tak glamour langsung. Ingatkan ada adegan kejar mengejar macam dalam TV'.
Penulis juga menceritakan bagaimana beliau disoal-siasat dan soal-siat siat dalam ISA. Satu pengalaman yang turut pernah dialami arwah abah semasa dalam tahanan tahun 1972.
Namun di penghujungnya Zabidi menceritakan bagaimana hatinya hancur lebur apabila perjuangannya dan sahabat mempertahankan Al-Arqam dan Abuya disiakan begitu sahaja oleh Abuya apabila sebahagian besar persoalan mengenai yaqazah dengan Rasulullah dijawab 'Tidak Tahu' sahaja. Abuya yang sebelum ini dikagumi, dihormati atas ketinggian ilmu dan kepetahan akhirnya dibenci kerana apa yang dimomokkan sebelum ini hanya tipu dan helah semata.
Aku membaca buku ini seperti mengikuti sebuah 'adventure' yang mendebarkan dan mengemosikan. Sebuah jamaah Islam yang berniat untuk mendirikan Daulah Islamiah akhirnya tumbang begitu sahaja dek penyelewengan akidah yang tidak disangka-sangka bukan sahaja kepada rakyat tetapi ahli mereka sendiri. Abahku yang suatu ketika simpatisan kepada Al-Arqam juga tidak menyangka begini akhirnya. Niat menegakkan hukum Allah terpesong menjadi dosa paling besar kepada ummah. Saya rasa amat sesuai dengan tajuk buku ini 'Tersungkur di Pintu Syurga'.
Abahku pernah juga mendapatkan reaksi beberapa rakan-rakan bekas Al-Arqam yang dahulunya sering berkumpul di Restoran Mini Temerloh tentang buku ini. Apa jawab mereka 'Zabidi, jangan sampai tersungkur di pintu neraka pulak!'.
Muka depan buku ini. |
Setiap buku yang dibeli arwah Abah pasti ada catatan ini, di mana ia dibeli, tarikh serta peristiwa yang membawa kepada pembelian / hadiah buku ini |
salam. saya ad jual buku 'arqam; tersungkur di pintu syurga' karya zabidi mohamed. berminat nak dptkannya bole pm/whatsapp saya laju2;
ReplyDelete017-2256654
017-2256654
017-2256654