Less Between 3 Evils
Salam semua
Sudah lama aku tidak menulis di blog ini. Entahlah, mungkin terlalu sibuk, atau mood untuk menulis memang tiada. Sebagai anak lelaki tua Bung Selamat, aku wujudkan blog ini bukanlah untuk mencari publisiti, jauh sekali mendapatkan habuan wang. Aku hanya ingin coretkan kisah-kisah suka duka, pahit manis kami sekeluarga di samping apa sebenarnya yang terkandung dalam minda Bung.
Malangnya, banyak yang arwah katakan itu betul. Antaranya kita sedang menuju politik Malaysia yang sangat gelap. Jika sebelum ini kita bersatu di bawah panji Islam dan Pakatan, kali ini ia telah terpecah 3. UMNO dan BN sudah tentu pihak yang abahku takkan redhai buat selamanya. Mungkin kerana sentimen abah dari dulu lagi yang bersama dengan perjuangan rakyat ada masa ku menulis, BN sedang terpalit dengan isu integiti yang paling besar dalam sejarah iaitu 1MDB dan derma RM2.6billion. Pada masa kini, hampir 90% pengguna Internet membenci DSN. Buktinya boleh dilihat dari komen-komen samada di laman pro-kerajaan, pro pembangkang dan bebas. Itu adalah realitinya dan DSN sedang cuba sedaya upaya memulihkan semula imejnya.
Tapi yang lebih malang lagi apabila Pakatan pula berpecah melalui PAS yang telah retak kepada 2 kumpulan iaitu pro-ulamak dan professional. Aku akui lebih mengagumi profesional dalam PAS, tapi ia bukan alasan untuk menentang ulamak besar seperti Tok Guru Hj Hadi (TGHA). Nah, maka berlakunya kekeliruan yang 'maha' dasyat di kalangan orang Islam dan Melayu ketika ini. Sebab musabab perpecahan tidak perlu lah aku nukilkan di sini. Kita semua boleh menggooglenya dengan mudah.
Abahku pernah menjadi calon 'tangkap muat' PAS di DUN Dong pada PRU2004. PRU yang dijadikan BN sebagai titik lonjakan setelah Pak Lah menjadi PM. Sukar sangat mencari calon PAS ketika itu. Ada orang yang nak, PAS Raub tak berkenan. Ada yang berkenan, orang tu pula taknak. Aku masih ingat abahku bukan mahu sangat jadi calon. Tapi setelah dipujuk oleh PAS Raub, yang menyatakan abahku ada pengaruh di sana, abahku akur demi perjuangan Islam. Mahindra Scorpio abah dijadikan kenderaan rasmi PAS untuk memudahkan gerak kerja.
Namun setelah habis pilihanraya, dalam nada agak kecewa, abah menyatakan PAS kurang semangat perjuangan. Aku yang merupakan penyokong tegar PAS tanya kurang macam mana? Abahku menyatakan gerak kerja tidak bersemangat, kadang2 perlu digerakkan dengan habuan walaupun sebatang rokok. Dan mereka tidak diserap dengan roh perjuangan Marhainisme yang memperjuang rakyat miskin atau tertindas. PAS seperti berada dalam dunianya sendiri dan tidak faham atau mahu faham realiti politik dan isu semasa. Undi abah mungkin tinggi dibanding calon PRM tahun 60an dan 70an, tapi abah lebih enjoy dengan PRM. Kerana setiap kadernya dilatih atau diserap dengan semangat perjuangan yang tinggi.
Entahlah, selepas 10 tahun, aku amat berharap apa yang abahku katakan itu salah. Tapi malangnya ia hampir menjadi betul. Sedih sangat. Aku kini terpaksa memilih less among 3 evils.

Comments
Post a Comment