Masa depan yang gelap

Sehari selepas keputusan PRU 12, abahku tidak kelihatan ceria berbanding aku dan adikku. Barisan Nasional kehilangan 2/3 majoriti dan 5 buah negeri. Aku menjangkakan abahku akan gembira tetapi ternyata kurang. Aku masih ingat semasa aku menelefon abahku selepas pilihanraya 1999 yang menyaksikan PAS menawan Kelantan dan Terengganu, abahku ternyata sangat excited membuat ulasan mengenainya. Pada tahun 2008, ulasan abah masih panjang tetapi menyimpulkan masa depan politik Malaysia gelap. Kami tidak bertanya banyak, hanya mendengar dan terus mendengar. Tetapi aku yakin abahku tidak begitu gembira PAS tidak menang banyak kerusi berbanding DAP dan PKR. Tambahan lagi, swing undi diterbitkan oleh pengundi tiong hua berbanding Melayu. Pada kami, ia tidak semestinya dari PAS, asalkan kerusi dimenangi oleh Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat). Pastinya ketiga-tiga parti dalam akan mencapai titik persamaan dalam menerajui Malaysia. 6 tahun berlalu, aku sudah mula merasakan kebenaran kata-kata arwah. Walaupun masih dihadiahkan undi yang tinggi dari rakyat pada PRU-13 iaitu sebanyak 51%, PR masih gagal menunjukkan mereka pilihan terbaik berbanding BN. Isu hudud, negara Islam, pilihanraya tempatan, liberalisme dan sebagainya gagal dijelaskan sebaik mungkin oleh pakatan tersebut. Arwah abah selalu berkata, dalam mengundi kita mesti pilih 'less than 2 evils'. Tetapi aku pula selalu terfikir, sampai bila asyik pilih 'less than 2 evils'? Bilakah kita akan dapat pilihan Good vs evil?

Comments

Popular posts from this blog

Kari Ayam Sempalit

ULASAN BUKU : Chin Peng My Side of History

Ulasan Buku : Perginya Datuk Bahamanku