Abahku dan buku-bukunya
Aku sendiri seorang yang cintakan pada ilmu. Serius! Bukan main-main. Masalahnya aku selalu malas membeli buku, mungkin kerana kedekut nak mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku yang belum terdesak memerlukan. Sikapku ini amat berbeza dengan abahku, insan yang tersangat (malah antara yang paling) cintakan ilmu pernah ku lihat di muka bumi ini.
Di rumahku terdapat 7 rak buku, 2 dalam bilik arwah abah, dan 5 lagi di ruang tamu. Benarlah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, buku ini bukanlah perhiasan, tetapi perhiasan yang paling cantik ialah buku!
Aku berasa amat malu dengan arwah abah kerana bilangan buku yang aku beli selama hidup 30 tahun ini agaknya tak sampai 1/6 pun dari rak tersebut (Mengapa 1/6? Kerana rak tersebut ada 6 bahagian). Salah satu daripada rak tersebut merupakan red spot section, hanya dengan kebenaran lisan (@ bertulis..hehehe) yang dapat membacanya. Di dalamnya terdapat buku yang mahal-mahal yang kebanyakannnya abah beli dari Folio Society dan Ridest Digest, selain buku-buku yang paling abah sayang tulisan HAMKA, Prof Syed Naquib Al-Attas dan sebagainya. Terdapat juga buku-buku yang telah diharamkan seperti Berhati-hati Membuat Tuduhan dari Almarhum Abuya Al-Arqam dan buku-buku dari Lenin.
Cinta abah pada buku ternyata membentuk peribadinya serta pemikirannya yang ku terjemahkan melalui blog ini. Atas dasar tidak mahu segala ilmunya sia-sia, aku akan memberikan sinopsis ringkas tentang buku-buku abah yang jumlahnya mungkin boleh mencecah 3000 buah itu.
Semoga ilmu yang disebarkan dapat dimanfaat oleh semua.

Comments
Post a Comment