Posts

Showing posts from 2014

Bukit Jalil 2014

Esok 1 November, sekali lagi aku dan adikku akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pasukan kesayangan kami Tok Gajah bertemu JDT. Perlawanan yang dianggap sebagai Final of The Century, Battle of the Giants, Battle of the Chants dan sebagainya. Memang kedua-dua pasukan ini layak dan berhak ke final. Prestasi yang ditunjukkan sepanjang 2014 cukup membanggakan, dan tiada pasukan lain yang lebih berhak ke final 2014 kecuali Pahang dan Harimau Selatan. Seperti biasa Adi akan meng 'ejas' tiket untuk kami, dan kami bertuah kerana mendapatkannya secara online, tak perlu berimpit dan bersesak dengan penyokong tegar lain di kaunter stadium. Memang seksa melihat keadaan mereka di sana, demi sekeping tiket, tapi itulah yang dinamakan die hard fan. Apa yang mengecewakan, Majlis Daerah, ADUN, org2 kenamaan dan orang2 politik dapat seinci tebal tiket, yang pastinya akan diedarkan di kalangan kroni dan mereka-mereka yang tak minat bola. Inilah dunia mereka, pada mereka halal d...

Retak Menanti Belah

Hari ini 26 Ogos 2014, krisis di Selangor masih belum ada tanda-tanda beransur pulih. Kecelaruan dalam PKR kini melarat pula kepada PAS. Masing-masing mula menampakkan belang dan warna sebenar. Pesta londeh melondeh antara Pakatan Rakyat telah pun bermula, dan rakyat memerhatikannya samada dengan senyuman, gelak tawa, kemurungan atau tangisan yang kuat. Aku teringat abah pernah menceritakan bagaimana tentera Mujahidin Afghanistan dengan perkasanya menewaskan tentera Rusia yang hebat itu pada tahun 1980an. Namun selepas menang, mereka bergaduh sesama sendiri disebabkan kuasa. Kita lihat kuasa jahat jarang memperlihatkan persengketaan sesama sendiri, contohnya Yahudi dan Amerika. Tidak pernah kita lihat berlaku konflik. Mungkin kerana setan dengan setan, memang resamnya tidak bergaduh. Tapi pihak kebenaran ini mudah sangat berlaku sedemikian. Jika abahku masih hidup dan melihat keadaan ini, pasti beliau amat kecewa. Mungkin di Malaysia ini memang ditakdirkan pemerintah sekarang aka...

Masa depan yang gelap

Sehari selepas keputusan PRU 12, abahku tidak kelihatan ceria berbanding aku dan adikku. Barisan Nasional kehilangan 2/3 majoriti dan 5 buah negeri. Aku menjangkakan abahku akan gembira tetapi ternyata kurang. Aku masih ingat semasa aku menelefon abahku selepas pilihanraya 1999 yang menyaksikan PAS menawan Kelantan dan Terengganu, abahku ternyata sangat excited membuat ulasan mengenainya. Pada tahun 2008, ulasan abah masih panjang tetapi menyimpulkan masa depan politik Malaysia gelap. Kami tidak bertanya banyak, hanya mendengar dan terus mendengar. Tetapi aku yakin abahku tidak begitu gembira PAS tidak menang banyak kerusi berbanding DAP dan PKR. Tambahan lagi, swing undi diterbitkan oleh pengundi tiong hua berbanding Melayu. Pada kami, ia tidak semestinya dari PAS, asalkan kerusi dimenangi oleh Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat). Pastinya ketiga-tiga parti dalam akan mencapai titik persamaan dalam menerajui Malaysia. 6 tahun berlalu, aku sudah mula merasakan kebenaran kata-kat...