Ulasan Buku : Perginya Datuk Bahamanku
Abahku meminta aku membaca buku sejak aku Darjah 5 lagi. Pada masa itu, aku tak faham langsung jalan cerita buku ini, hanya baca sahaja, ibarat membaca Al-Quran tanpa memahami isinya. Aku tak faham mengapa aku perlu membaca karya Arman Sani ini. Aku tidak keseorangan kerana adikku Adi perlu menghabiskan buku Tumpah Darah di Jerampai. Kakakku tak kena pula, mungkin kerana kami lebih malas membaca dari kakak dan kuat tengok Transformers dan Space Cop Gaban sahaja. Apapun apabila aku baca kembali buku ini, ianya adalah mengenai perjuangan. Sebuah kisah perjuangan yang penuh dengan cabaran dan dilemma. Bagaimana pahlawan-pahlawan Pahang pada ketika itu seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi dan lain-lain gigih dalam perjuangan mengusir penjajah British. Perjuangan mereka tidak mudah kerana yang bersama dengan British adalah Sultan Pahang sendiri. Di Jerampai, Mat Kilau dan rakan-rakan seperjuangan melawan tentara Sikh British yang lengkap bersenapang, sedangkan mereka...