Kari Ayam Sempalit

Teringat masa kami kecil-kecil dahulu, abah selalu bawa kami makan ke Restoran Kari Ayam Sempalit, letaknya di Kg Sempalit. Kalau dari bandar Raub menuju ke Dong, kita akan sampai Sempalit dulu. Kami akan makan di sini ketika sanak-saudara yang lain makan rendang, lemang, gulai rebus dan sebagainya pada waktu raya.

Abah memang teramat suka dengan kari ayam sempalit, begitu juga aku dan adik beradik. Mama je tak berapa nak selera, kerana yang memasaknya India. Bukan mamak tapi India betul. Ayam tu sembelih ke tidak wallahu a'lam, walaupun katanya disembelih.

Rasanya memang sedap. Lain dari yang lain. Kari ayam tu memang specialities lah di restoran tersebut selain dari kari kepala ikan dan ayam goreng.

Kebelakangan ni, sambil menguruskan soal pusaka arwah abah, selalu juga lah kami menyinggah ke Raub, tapi tak tahulah restoran di Sempalit tu masih wujud atau tidak. Tapi yang pasti, resepinya telah di'warisi' oleh Restoran Ratha yang terletak di tengah-tengah bandar Raub. Maka setiap kali ke Raub, pasti aku dan adik serta keluarga akan melahap di situ.

Sambil makan, selalu teringat arwah abah yang begitu gembira membawa kami makan.

Gambar kredit Asparaguswhite.blogspot

Comments

  1. Kari Ayam Sempalit masih wujud ada anda boleh rasa Kari Ayam Sempalit yang asil . Jom mari rasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ULASAN BUKU : Chin Peng My Side of History

Ulasan Buku : Perginya Datuk Bahamanku