Posts

Showing posts from June, 2012

10 tahun Ustaz Fadzil Noor

Image
23 Jun ini genap 10 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal dunia. Aku masih ingat, 10 tahun lalu, selepas mendapat perkhabaran tersebut melalui SMS, abah sedih dan sugul. Abah menyatakan beliau merasa lebih sedih dengan berita ini dari berita kematian abangnya sendiri, iaitu Uncle Salahuddin, kami panggil Uncle Din. Uncle Din meninggal dalam sebulan sebelum tarikh tersebut. Abah mengagumi Ustaz Fadzil dan jarang ketinggalan mendengar kaset serta video ceramah. Abah kata Ustaz Fadzil seorang yang tegas, berwibawa, fleksibel dan memenuhi ciri revolusioner Islam sejati. Persona Ustaz Fadzil juga antara penyebab utama abah menyertai PAS dan menjadi ahli seumur hidup. AL-FATIHAH buat Ustaz Fadzil dan abah juga. Semoga abah bertemu Ustaz Fadzil di alam sana dengan penuh kebahagiaan di sisi Allah S.W.T.

Revolusioner sebenar

Image
Abah tidak pernah lupa mengoyakkan kalendar cina ini setiap hari. Pada 27 Mei 2011, abah masih sempat mengoyakkannya, sebelum abah menghembuskan nafas terakhir selamanya 27 Mei datang dengan seribu satu kenanganku bersama Abah. Abah tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai pemimpin hebat, jarang sekali sebagai seorang yang kaya. Tetapi beliau bangga sebagai seorang revolusioner. Semasa kecil, aku sering tertanya-tanya mengapa abah suka menjadi revolusioner? Mengapa abah lebih suka menjadi sebahagian dari Marhainisme, dan memperjuangkan rakyat termiskin? Abah selalu mengatakan, jika inginkan kekayaan di dunia yang sementara ini, sertailah UMNO. Tapi abah sendiri tidak menyertai UMNO, kenapa? Kerana abah bukan pencari dunia, beliau adalah pemburu keadilan dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Mungkin jika beliau tak sertai PRM dan sertai UMNO, abah dah merasa duduk di rumah banglo mewah dengan kenderaan yang hebat hasil dari projek-projek kerajaan dan sebagainya. Namun abah tak p