Posts

10 tahun Ustaz Fadzil Noor

Image
23 Jun ini genap 10 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal dunia. Aku masih ingat, 10 tahun lalu, selepas mendapat perkhabaran tersebut melalui SMS, abah sedih dan sugul. Abah menyatakan beliau merasa lebih sedih dengan berita ini dari berita kematian abangnya sendiri, iaitu Uncle Salahuddin, kami panggil Uncle Din. Uncle Din meninggal dalam sebulan sebelum tarikh tersebut. Abah mengagumi Ustaz Fadzil dan jarang ketinggalan mendengar kaset serta video ceramah. Abah kata Ustaz Fadzil seorang yang tegas, berwibawa, fleksibel dan memenuhi ciri revolusioner Islam sejati. Persona Ustaz Fadzil juga antara penyebab utama abah menyertai PAS dan menjadi ahli seumur hidup. AL-FATIHAH buat Ustaz Fadzil dan abah juga. Semoga abah bertemu Ustaz Fadzil di alam sana dengan penuh kebahagiaan di sisi Allah S.W.T.

Revolusioner sebenar

Image
Abah tidak pernah lupa mengoyakkan kalendar cina ini setiap hari. Pada 27 Mei 2011, abah masih sempat mengoyakkannya, sebelum abah menghembuskan nafas terakhir selamanya 27 Mei datang dengan seribu satu kenanganku bersama Abah. Abah tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai pemimpin hebat, jarang sekali sebagai seorang yang kaya. Tetapi beliau bangga sebagai seorang revolusioner. Semasa kecil, aku sering tertanya-tanya mengapa abah suka menjadi revolusioner? Mengapa abah lebih suka menjadi sebahagian dari Marhainisme, dan memperjuangkan rakyat termiskin? Abah selalu mengatakan, jika inginkan kekayaan di dunia yang sementara ini, sertailah UMNO. Tapi abah sendiri tidak menyertai UMNO, kenapa? Kerana abah bukan pencari dunia, beliau adalah pemburu keadilan dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Mungkin jika beliau tak sertai PRM dan sertai UMNO, abah dah merasa duduk di rumah banglo mewah dengan kenderaan yang hebat hasil dari projek-projek kerajaan dan sebagainya. Namun abah tak p...

First of May

Hari ini 1 April 2012, genap 34 perkahwinan abahku dengan mamaku. Terima kasih abah dan mama kerana membesarkan kami dengan tabah. Aku tahu selepas menjadi seorang ayah, ianya tidak mudah. Tetapi kami semua telah buktikan, abah dan mama memang hebat. Aku hampir menangis mengenang lagu yang abah suka nyanyikan menjelangkan anniversary. Lagu dari Bee Gees First of May. Walaupun tarikh nikah abah adalah 1 April, dan lagu tersebut menggambarkan 1 May, tapi abah amat suka menyanyikannya. Kadang di rumah, kadang dalam kereta. Ianya masih tengiang-ngiang di telingaku. Suara abah amat merdu menyanyikan lagu itu. Dari sebuah rumah sewa papan di Kg Paya Dalam ke sebuah banglo 2 tingkat di Mentakab. Dari sebuah ford buruk ke Mahindra Scorpio, kasih abah pada mama tetap bersemi. Walaupun bukan setiap hari terungkap dengan kata-kata, tetapi sayang abah kepada mama tidak pernah kurang. When I was small, and Christmas trees were tall, We used to love while others used to play. Don't ask me ...

Ulasan Buku : Perginya Datuk Bahamanku

Image
Abahku meminta aku membaca buku sejak aku Darjah 5 lagi. Pada masa itu, aku tak faham langsung jalan cerita buku ini, hanya baca sahaja, ibarat membaca Al-Quran tanpa memahami isinya. Aku tak faham mengapa aku perlu membaca karya Arman Sani ini. Aku tidak keseorangan kerana adikku Adi perlu menghabiskan buku Tumpah Darah di Jerampai. Kakakku tak kena pula, mungkin kerana kami lebih malas membaca dari kakak dan kuat tengok Transformers dan Space Cop Gaban sahaja. Apapun apabila aku baca kembali buku ini, ianya adalah mengenai perjuangan. Sebuah kisah perjuangan yang penuh dengan cabaran dan dilemma. Bagaimana pahlawan-pahlawan Pahang pada ketika itu seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi dan lain-lain gigih dalam perjuangan mengusir penjajah British. Perjuangan mereka tidak mudah kerana yang bersama dengan British adalah Sultan Pahang sendiri. Di Jerampai, Mat Kilau dan rakan-rakan seperjuangan melawan tentara Sikh British yang lengkap bersenapang, sedangkan mereka...

selamat hari raya

Image
Assalamualaikum Hari ini telah masuk 3 Syawal 1432H. Raya tahun ini adalah yang pertama buat kami sekeluarga tanpa kehadiran abah tercinta. Tiada lagi takbir di rumah selepas subuh yang biasa kami buat. Tiada lagi terikan untuk kami adik beradik siap awal untuk ke masjid di pagi raya. Tiada lagi sampul khas raya dari abah untuk kami dan anak-anak. Tiada lagi persediaan khas 2 hari sebelum raya untuk membeli daging, kuih serta 20 botol air gas. Hanya inisiatif kami sahajalah adik beradik serta mama untuk membeli semua itu. Alhamdulillah, rezeki kami masih ada untuk mendapatkannya. Apa yang boleh kami lakukan untuk abah hanyalah menziarah pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Tg Kerayong pada pagi 1 syawal. Nampak Adi tidak mampu menahan sebak dan menzahirkan tangisan, sedangkan aku hanya menahannya di dalam hati. Kakak juga sedikit sedih, tapi Mama kelihatan lebih cekal. Memang Adi lebih sentimental berbanding abangnya. Namun yang agak mengejutkan perkuburan tersebut memang mewah dan ...

Ulasan Buku : Tersungkur di Pintu Syurga

Image
Detik-detik penangkapan pemimpin Al-Arqam Assalamualaikum Ramadhan Kareem. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah di bulan yang mulia ini. Sambil tu aku tidak berhenti-henti berdoa agar roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan pejuang Islam yang soleh. Dalam post kali ini, seperti dijanjikan dalam post yang lepas, aku ingin mengulas buku-buku yang pernah dibaca dan diteliti oleh abah sebagai salah satu bentuk perkongsian ilmu. Sesetengahnya buku lama, seperti "Tersungkur di Pintu Syurga" tulisan Zabidi Mohamed. Ditulis pada 1998, dibeli tahun 2000. Maknanya dah 11 tahun umur buku ni. Apa yang menarik? Buku ini menceritakan pengalaman penulis sendiri yang merupakan bekas pengikut setia Al-Arqam yang juga penasihat undang-undang pertubuhan yang telah diharamkan kerajaan itu. "Tragedi umat abad ke-21". Itulah antara ungkapan yang dapat diberikan bagaimana empayar Al-Arqam yang besar dan kukuh lengkap dengan kilangnya, makanannya...

Abahku dan buku-bukunya

Aku sendiri seorang yang cintakan pada ilmu. Serius! Bukan main-main. Masalahnya aku selalu malas membeli buku, mungkin kerana kedekut nak mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku yang belum terdesak memerlukan. Sikapku ini amat berbeza dengan abahku, insan yang tersangat (malah antara yang paling) cintakan ilmu pernah ku lihat di muka bumi ini. Di rumahku terdapat 7 rak buku, 2 dalam bilik arwah abah, dan 5 lagi di ruang tamu. Benarlah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, buku ini bukanlah perhiasan, tetapi perhiasan yang paling cantik ialah buku! Aku berasa amat malu dengan arwah abah kerana bilangan buku yang aku beli selama hidup 30 tahun ini agaknya tak sampai 1/6 pun dari rak tersebut (Mengapa 1/6? Kerana rak tersebut ada 6 bahagian). Salah satu daripada rak tersebut merupakan red spot section, hanya dengan kebenaran lisan (@ bertulis..hehehe) yang dapat membacanya. Di dalamnya terdapat buku yang mahal-mahal yang kebanyakannnya abah beli dari Folio Society dan Ridest Digest, se...